July 4, 2010

opps, terkeluar..

*U** TO CIPAN YANG CAPANG!!!

jap,cipan ade telinge ke?? =.='

entah la . asalkan hang capang. pastu muka hang cam cipan suda. senang aku nak kenal. betol x?? orang laen pun senang nak cam. muahaha

sory, terpaksa mencarut sebab taktaw nak lepas kt sape. harap hang bace ye cipan capang.
hahaha.
owh ya, gajah tak sesuai dengan hang. cipan is the best!!. KAHKAHKAH29475 

June 20, 2010

i lappp muet. panggg!!!

KENAPA MUET PRACTICE UNTUK SPEKING AKU SELALU DAPAT SOALAN SUSAH. NAK CARI POINT LAGI LA SUSAH. TOLOOOONNGGGG!!! PAGI NI KENA BUAT DAH. TAPI AKU MASIH TIDAK BERBUAT APA. HAHAHA. -AKU YANG BUDUH-

May 22, 2010

sobbing so much!!

lets us hold our hands...
together..

*
*
* 
*
*
*
*
*
*








siot aku rindu rumah aku!!!!
macam mane la buleh terhome sick ni!!!


adesss...........

April 23, 2010

ujian dari Dia.

usrah di alam maya. malam tadi aku baru mula menyertainya. sebelum 1030 ahli-ahli panel sembang sesama sendiri sambil menunggu yang lain online. aku hanya diam. hanya melihat mereka menaip dan aku membacanya. serius, ramah sungguh mereka. aku jadi teruja namun terketar-ketar jari jemari ini ketika mengucapkan salam ukhwah. =.='.

tiba-tiba conference tu hilang. mereka cuba invite, tapi tak dapat. hm, mungkin bukan masanya aku menyertai mereka. belum sempat kami bertaaruf. aku pun tak dapat ikut serta usrah kali ini dengan tajuknya 'ujian'. 

mungkin Dia mahu menguji aku dengan yang lain. 


then, datang seorang sahabat meminta pertolongan. tension walaupun sekarang tak start sambung belajar lagi. mula-mula aku aku pancing dia dengan lawak keluarga sebab dia ade masalah family. pastu satu-satu dia cerita tapi tak sepenuhnya. mungkin dia malu. tiba-tiba dia kata dia ragu dengan Islam. subhanallah... ragu dengan Yang Maha Kuasa. astaghfirullahalazim...


aku pun dah tak tau nak nasihat ape kat dia. aku pun bukan banyak ilmu sangat pun. tapi aku usaha sedaya upaya bawak dia ke alam sebenar yang sememangnya akan diberi ujian tak kira masa di mana dan dengan siapa!!

aku pun kadang suka terfikir di luar jangkaan, di luar batasan, di luar kemampuan . pastu aku cepat-cepat beristighfar dan mula fikir benda lain even benda tu acap kali singgah dalam kepala aku ni. takpe, aku sedang di uji.


ujian di sekolah. bukan peperiksaan. tapi...




ribut kt sekolah aku.





 kantin tempat makan. nak makan kat mana la plak nanti.


bumbung makmal kemis yang rabak.





walaupun ujian ini datang kat orang lain. tapi aku juga kena tempiasnya. pelajar-pelajar seri perak, ex student seri perak, cekgu-cekgu seri perak dan pihak lain yang menyedari kasih sayang mereka terhadap seri perak juga. lima tahun aku belajar kat sini dowh. sayang sesayang sayang ah kat sekolah ni. hampa pun mesti sayang kat sekolah hampakan walaupun macam-macam jadi kat masa belajar kat sana. tapi itu yang buat kita ingat teringat kat sekolah tu. :)



* url  takleh tuka. kenapa r?? rasa cam nak delete je belog ni. haizzz.............

April 21, 2010

aku nak tukar url sebab url aku jongang.

lately, sungguh cepat hari cerah ye. pukul 6.45 dah cerah cam tengahari. tipu je =.='. tapi cerah dan terang la. tak payah pakai lampu dan suluh pun bule nampak bulu hidung. tayik hidung kadangkala bule nampak juga. haha. sewel>>

berdasarkan tajuk entri kite hari ini. * dasar skema... haizzz

beb, aku nak tukar url la. bacelah url aku...

http double dot atas bawah slash dua kali halimahj0ngang dot blogspot dot com


dah la halimah jongang plak tu. kesian halimah. yang jongang juga sangat kasihan. macam aku. muahahahaha. jadi aku mahu menukar url dari


http://halimahj0ngang.blogspot.com  
kepada 
http://adeakukesah.blogspot.com


kan same dengan tajuk belog. lagi senang dan kacang juga.nanti hari jumaat aku tukar. jadi sesapa yang still nak follow belog aku yang cam @$5%%# ^&F%Rfrt^& ni. nanti taroh la belog aku ni dalam list yang korang bace dan ikut.




depan sikit lagi sama cam aku kurang dari halimah.


*padahal pengikut ade tiga orang je. macam hensem kan........

April 19, 2010

hari anugerah student paling hot and cool

weng.weng. halimah datang untuk cerita terbaru. =p


yeah!! aku dapat jemputan pergi anugerah paling vogue skema giteww. haha.alah, majelis sekolah kena la pakai baju sekolahkan. aku?? aku vogue.perasan. mane maen pakai baju skema-skema ni. ye tak?? hahaha. tapi serius r. semua pakat melaram habis!!! semua bajet hotttt juga....



macam ni. make up okayy. x over sangat. baju shining-shining.



 afiah.  


paling bijak sana sini. sampai dua kotak piala dy angkut. tak cukup lagi ade hadiah dari sekolah. entah la ape dy. pastu dapat plak wang tunai bukan cek tiga ratos ringgit tunai. hah, sape nak bagi hang tiga ratos melainkan kena lalala kerja laaa. cium tapak kaki raja pun belum tentu dapat taw. last-last beliau hantar pegi hospital saket jiwa sebab mental disoder. betol ke?? belasah saja. hahaha



 tirah.

beliau membawa aku dengan sue jalan-jalan naek keta satria putih. auwww, dah dapat lesen keta!! bilalah aku nak bawak keta. keta sendiri plak tu. huuuuu, tidak sabar pula rasanye.



 abang kasim. masih di plkn. dapat matrik selangor. guna orang dalam bule r. tahi betol!!


 


 weng. weng.


ni budak kelas aku yang not yet skema tapi hot and spicy!! kelas pes selalu kena cap skema bukan cap ayam. masuk kelas aku memang senyap nak mampos kecuali ade la beberapa makhluk Allah tu yang tak reti dok diam. macam aku. hehehehe......

 
 macam ini juga....
kawanbaek a.k.a kawantiputipu


yang tak dijemput juga datang. siap makan lagi. hm...



 kunun mission imposible la.
banyak kumen kat pesbuk.


kan lame tak jumpa dyorang. sembang punya la rancak tak tengok kiri kanan dah. pengemuda tengah berucap pun tak pandang dah. telinga aku dah lali kot dengar dia berkata-kata dulu. meja kami punya la havoc bising gelak kuat kaw kaw. * aku la tu. =.=
sampai cekgu duduk kat meja kami.jadi jaga. siap tukar shif lagi. tak tahan betol larh. haha..


usai majelis kami meronggeng rokiyah kat straberi cafe dengan ikmal. dia buat rebonding kat rambut dy bukan bulu dade mahupun bulu kaki. nak je aku tego. tapi ade kawan dy. takpe larh. nanti la ye...

 
es blended kat sini tak sedap!! wekk~~


melepak tak ingat dunia. hingat ade driver nak amik hang ka?? * ini untuk aku la. meronggeng tak hingat. hari dah nak hujan.dah gelap. terpaksa la aku mengundur diri dari kawasan parit buntar. terpaksa juga pecut 90km sejam sebab taknak kena hujan. naseb baek sampai rumah baru hujan rintik-rintik. laju gak aku bawak. hehee....




* actly, aku tak sangka aku dapat. urm, terima kaseh... :)

April 15, 2010

group paling terbaik dan terbagus untuk belia masa kini

jeng jeng jeng...




sangat sangat sesuailah untuk remaja kini yang semakin kurang ajarnya. sape la yang tak ajar tu kan. huhu. tapi yang ini  MEMANG TERBAIK!!

tapi matrik buat aku sedih. kenapa aku dapat yang bukan pilihan, aku huh?? kenapa gopeng?? kenapa? pastu ramai gak geng aku dapat sana. pastu ade gak kengkawan aku tak dapat. alahai, kesiannya. T_____T


papepun. TERIMA KASEH!! 
saya terpilih.


>.< 

April 13, 2010

bukan untuk orang lain, tapi untuk anda.

kalau tetiba aku nak hupdate belog mesti idea semua hilang melarikan diri. .


weh,weh.
jum lari-lari.
halimah nak nulih belog uh.







sesaat kemudian.







seminit kemudian.






sejam kemudian. 




 








tengok, aku dah taktau nak tulih hape. tetiba ja semuanya macam kena bom! heee, benci betollah. takpelah. asalkan aku update.





*nah aku dah update ni. bacelah, tataplah sepuas hatimu. ngahngahngah...

March 31, 2010

dari cucumu

assalamualaikum semua.... *cehh, bajet ramai pengekor je

nak story sikit. nenek aku masuk hospital. nenek belah mak yang duduk kt parit buntaq tuh. darah kena jangkitan kuman. mesti saketkan. korang bule bayangkan tak??..

mula-mula beliau pengsan hari khames lepas kt rumah. and then, terus hantar ke hospital penang. nenek aku dah la ade kencing manis. memang teruk r kalo kena jangkitan kuman. 

mak aku kate agak kritikal la. aku tak pegi pun semalam. hari ini, insyaAllah aku akan menyusul di sana. 

'Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki. Engkau kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat nenekku. Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya Ya Allah. Engkau berikanlah iman yang sempurna kepada nenekku untuk menghadapi kesakitan ini. Amin.'

ayat-ayat kasih untuk nenek...

'nenek, semoga cepat sembuh. nanti boleh tengok pujah masuk U... : ) '

March 24, 2010

kena re-test plak..

RM470
92050808****
maaf, anda gagal untuk memiliki lesen memandu B2 motosikal.


yeay! alhamdulillah aku failed. boleh pegi lagi tempt lesen tu. boleh buang masa lagi kt situ. lepak tengah panas. keelass bah!

bengong!! macammana la aku tak lepas. tadi jatuh kt titi. hahahaahahha. elok je baru nk masuk titi. hahaha. ketawa gilak besar aku. gelak sorang-sorang atas moto. semua tengok senyum-senyum je. diorang tahu aku tak pass dan mahu menyenangkan hati sendiri. huhu.
kuciwa okayyy.

alamak!! mana nak korek duit ni. tabung dah terburai dulu nak bayar L. sapa mau tulun saiya?? hmm, terpaksalah aku pegi kait buah sawet. sehari RM15. okayla. sampai r kot nak bayar re-test nanti. syarat makan sehari sekali je. air pun satu teguk satu jam. 24 jam, 24 kali teguk. ukeyy. ukeyy. aku puasa la. bayar nazar spm. hahaha

March 22, 2010

woah!

woah, woah, woah....!! belog aku colorfullnyerr. suke.suke. 
*hg x suke sudaa, bule belah. okayyy

tengok. tengok. macham-macham kaler ade. ade kuning terang, kuning. kuning cair, kuning cair banyak, kuning cair sikit, kuning gelap, kuning gelap sikit, kuning gelap banyak. dan macam-macam kaler pun ade. muahaha. lihat picture header aku pulak. kahkahkah. aku pasti ketawa kalau tengok. haha. entah. aku pun xtaw kenapa. yang pasti ade maksud tersendiri. hehehehehe

ha, masalah besar aku rite now is nak pilih course ape kat U niiihh.



chantekbnye advise..



see, bagi cadangan siap dengan sebab lagi. kalo sebab yang comey kiut miut takpe gak an. yang ini terungkai semua sifat dalam-dalam aku. huhu. takpe-takpe. nanti depa balek kg kena la ngan aku. HOHOHO..


pendek cite aku tak isik lagi upu fasa 2 tuh. cadang nak isi pas test jpj ari kames ni. 
weh, weh, doakan aku berjaya ye. dah la kt brek kecemasan tuh teknik aku tak berapa nak kemas. makkkk takot. doa-doa lepas supaya duwet aku pun tak lepas sama. Aminn..

number pin maktab ngan poli pun tak beli lagi. aihh. semuanya  lepas test lah ye. harap sempat.

 *temujanji bersama ramlah ram 25 aribulan nih. beliau ajak pakai baju kaler merah sama-sama. seriuskah??


March 18, 2010

sebab

lama tak bukak belog sebab internet sangatlah lembab sebab tak bayar 2 bulan sebab takde duwet. haih, ape banyak sebab daa.. dan belog yang aku follow dah banyak hupdate tapi aku tak sempat bace. fesbuk pun jadi boring sebab aku tak reti nak tego2 orang2 dalam fesbuk tu.myspace taknak onlenn sebab geli. friendster dah delete sebab family suma2 layan fesbuk. takde twitter sebab aku tak reti nak buat bunyi 'twitt. twitt'. okayyy.
rindu kat ikmal. dia ajak keluar makan piza semalam tapi shafik dah ajak dulu pegi queensbay. gambarajah takde sebab tak on ym malam tadi. gamba ade pada cik ramlah ram. pagi ni plak tak buleh bukak ym langsung. tahi. taik.tahi.
ha, OneNationEmcee buat lagu Ape Aku Kesah tapi tak sedap. kalo Ade Aku Kesah mesti letop-meletopkan. haha. perasannyerrr.......
kawan aku (kawan keh?), bagi meset ni kat aku.
“wahai Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, berikanlah cintanya pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..." "wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya terpaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah..." "wahai yang Maha Pengasih, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia pada syahid di jalan-Mu..." "wahai yang Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu..."
"Aminnn..."
dan aku pun sangat suka akan meset ini. (-.-) dan aku pun nyesal sebab rindu kt ikmal dan ikut shafik jalan-jalan di queensbay. haooooooooooooo.............. tapi akhirnya dapat jumpa aling gak. hehe rindu.rindu. rindu kt aling ye. ini aling. dia pemalu. *blush

March 11, 2010

tak mesra alam langsung!

alhamdulillah. aku bersyukur sangat akhirnya penantian aku berakhir. walaubagaimanapun result aku besa-besa je. tapi teruk jugak la. bapak aku pun kata teruk. hancur luluh hati aku mendengarnya. dah la direct terus dari mulut beliau ke arah cuping telingaku terus ke otak masuk ke hati. aku terasa macham ada air panas kt mata aku ni. tapi aku tahan. memang nak cover sungguh. bersama dengan ego. Then, terus maintain. Telan sebakul eskrem sebagai penyejuk hati. Sambil tenguk tb suap eskrem dalam mulut. Sedap wooo. Eskrem HPA. Akak I belanja u. syangat syuke la u.. Tetiba plak umi tanya soalan yang sensitip!! Sensitip r sampai aku nanges. Huhu. Aku gilak taknak nanges tapi keluar gak ayaq mata ni. TAIK. TAIK. TAIK BETOL. Umi tanya ape?? Hmm, tak payah taw la. Nanti aku nanges lagi. Hehehehe. T_____T

Abang zul tepon suruh mintak blablablabla. Dan aku tak paham ape yang dia cakap. Hahaha. Kak nira siap mintak list penuh result aku. Aku bagi jelah. Nanti dia akan syorkan aku nanti nak amik course ape. Pastu aku dengar. Masuk telinga kiri, telinga kanan kuar asap.

Lupa plak cite pasal kak lin kesayangan yang sudi bawa saya ke sekolah. THANK YOU VERY MUCH. Padahal dia sebenarnya busy gilak hari ini. Pas hantar aku pulang beliau siap-siap nak panjat bukit mertajam. Tak penat ke?? Takpe. Bliau iron lady. Awal bulan mei nanti beliau nak panjat gunung kinabalu. So, perlu persediaan mental dan fizikal. Stamina dan emosi kena jaga. Nanti penat meraung-raung mintak balek. Aku takde kt sana nak bantu. Muahahaha.

Kak syidah wish CONGRATS! Alah, tahniah je pun. Itu pun nak kecoh ke!! Laen la kalau bagi bmw ke, boipren hensem macham taylor lautner ke takpe gak.Ahh, suke hati aku r sundell. kau tak tahu bertapa nikmatnya ucapan tah-ni-ah tu. Sangat suke okayy.

Nak tahu, yang wish congrats kt aku hanya TIGA orang je. Sedikit bukan?? Sangat kasihan. Bagi aku ucapan TAHNIAH tu dah kira hadiah paling comey sekali. Itu kire orang yang cakap tu menghargai la usaha hang selama ini. Tapi ini bukan penghargaan yang bagi sijil siap ade cop pengemuda blablabla. Ucapan yang ikhlas sudah memadai. Aku taw la result aku tak sebaek orang laen. Tapi at least cakap r tahniahkan. Tapi siap ade yang kutuk. Yang ni memang aku tak tahan r. tapi maintain suda. Tak nak r kecoh-kecoh. Cukup la sampai di situ.

KEPADA YANG DAPAT BERDERET-DERET A, A YANG LURUS. YANG SENGET SIKIT KE YANG SENGET BANYAK MACHAM AKU KE TAK KESAH LA. AKU NAK WISH TAHNIAH KAT HAMPA WALAU HAMPA TAK TAW AKU UCAP KAT HAMPA INI. WAWAWAWA