March 31, 2010

dari cucumu

assalamualaikum semua.... *cehh, bajet ramai pengekor je

nak story sikit. nenek aku masuk hospital. nenek belah mak yang duduk kt parit buntaq tuh. darah kena jangkitan kuman. mesti saketkan. korang bule bayangkan tak??..

mula-mula beliau pengsan hari khames lepas kt rumah. and then, terus hantar ke hospital penang. nenek aku dah la ade kencing manis. memang teruk r kalo kena jangkitan kuman. 

mak aku kate agak kritikal la. aku tak pegi pun semalam. hari ini, insyaAllah aku akan menyusul di sana. 

'Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki. Engkau kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat nenekku. Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya Ya Allah. Engkau berikanlah iman yang sempurna kepada nenekku untuk menghadapi kesakitan ini. Amin.'

ayat-ayat kasih untuk nenek...

'nenek, semoga cepat sembuh. nanti boleh tengok pujah masuk U... : ) '

March 24, 2010

kena re-test plak..

RM470
92050808****
maaf, anda gagal untuk memiliki lesen memandu B2 motosikal.


yeay! alhamdulillah aku failed. boleh pegi lagi tempt lesen tu. boleh buang masa lagi kt situ. lepak tengah panas. keelass bah!

bengong!! macammana la aku tak lepas. tadi jatuh kt titi. hahahaahahha. elok je baru nk masuk titi. hahaha. ketawa gilak besar aku. gelak sorang-sorang atas moto. semua tengok senyum-senyum je. diorang tahu aku tak pass dan mahu menyenangkan hati sendiri. huhu.
kuciwa okayyy.

alamak!! mana nak korek duit ni. tabung dah terburai dulu nak bayar L. sapa mau tulun saiya?? hmm, terpaksalah aku pegi kait buah sawet. sehari RM15. okayla. sampai r kot nak bayar re-test nanti. syarat makan sehari sekali je. air pun satu teguk satu jam. 24 jam, 24 kali teguk. ukeyy. ukeyy. aku puasa la. bayar nazar spm. hahaha

March 22, 2010

woah!

woah, woah, woah....!! belog aku colorfullnyerr. suke.suke. 
*hg x suke sudaa, bule belah. okayyy

tengok. tengok. macham-macham kaler ade. ade kuning terang, kuning. kuning cair, kuning cair banyak, kuning cair sikit, kuning gelap, kuning gelap sikit, kuning gelap banyak. dan macam-macam kaler pun ade. muahaha. lihat picture header aku pulak. kahkahkah. aku pasti ketawa kalau tengok. haha. entah. aku pun xtaw kenapa. yang pasti ade maksud tersendiri. hehehehehe

ha, masalah besar aku rite now is nak pilih course ape kat U niiihh.



chantekbnye advise..



see, bagi cadangan siap dengan sebab lagi. kalo sebab yang comey kiut miut takpe gak an. yang ini terungkai semua sifat dalam-dalam aku. huhu. takpe-takpe. nanti depa balek kg kena la ngan aku. HOHOHO..


pendek cite aku tak isik lagi upu fasa 2 tuh. cadang nak isi pas test jpj ari kames ni. 
weh, weh, doakan aku berjaya ye. dah la kt brek kecemasan tuh teknik aku tak berapa nak kemas. makkkk takot. doa-doa lepas supaya duwet aku pun tak lepas sama. Aminn..

number pin maktab ngan poli pun tak beli lagi. aihh. semuanya  lepas test lah ye. harap sempat.

 *temujanji bersama ramlah ram 25 aribulan nih. beliau ajak pakai baju kaler merah sama-sama. seriuskah??


March 18, 2010

sebab

lama tak bukak belog sebab internet sangatlah lembab sebab tak bayar 2 bulan sebab takde duwet. haih, ape banyak sebab daa.. dan belog yang aku follow dah banyak hupdate tapi aku tak sempat bace. fesbuk pun jadi boring sebab aku tak reti nak tego2 orang2 dalam fesbuk tu.myspace taknak onlenn sebab geli. friendster dah delete sebab family suma2 layan fesbuk. takde twitter sebab aku tak reti nak buat bunyi 'twitt. twitt'. okayyy.
rindu kat ikmal. dia ajak keluar makan piza semalam tapi shafik dah ajak dulu pegi queensbay. gambarajah takde sebab tak on ym malam tadi. gamba ade pada cik ramlah ram. pagi ni plak tak buleh bukak ym langsung. tahi. taik.tahi.
ha, OneNationEmcee buat lagu Ape Aku Kesah tapi tak sedap. kalo Ade Aku Kesah mesti letop-meletopkan. haha. perasannyerrr.......
kawan aku (kawan keh?), bagi meset ni kat aku.
“wahai Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, berikanlah cintanya pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..." "wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya terpaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah..." "wahai yang Maha Pengasih, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia pada syahid di jalan-Mu..." "wahai yang Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, jagalah rindunya agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu..."
"Aminnn..."
dan aku pun sangat suka akan meset ini. (-.-) dan aku pun nyesal sebab rindu kt ikmal dan ikut shafik jalan-jalan di queensbay. haooooooooooooo.............. tapi akhirnya dapat jumpa aling gak. hehe rindu.rindu. rindu kt aling ye. ini aling. dia pemalu. *blush

March 11, 2010

tak mesra alam langsung!

alhamdulillah. aku bersyukur sangat akhirnya penantian aku berakhir. walaubagaimanapun result aku besa-besa je. tapi teruk jugak la. bapak aku pun kata teruk. hancur luluh hati aku mendengarnya. dah la direct terus dari mulut beliau ke arah cuping telingaku terus ke otak masuk ke hati. aku terasa macham ada air panas kt mata aku ni. tapi aku tahan. memang nak cover sungguh. bersama dengan ego. Then, terus maintain. Telan sebakul eskrem sebagai penyejuk hati. Sambil tenguk tb suap eskrem dalam mulut. Sedap wooo. Eskrem HPA. Akak I belanja u. syangat syuke la u.. Tetiba plak umi tanya soalan yang sensitip!! Sensitip r sampai aku nanges. Huhu. Aku gilak taknak nanges tapi keluar gak ayaq mata ni. TAIK. TAIK. TAIK BETOL. Umi tanya ape?? Hmm, tak payah taw la. Nanti aku nanges lagi. Hehehehe. T_____T

Abang zul tepon suruh mintak blablablabla. Dan aku tak paham ape yang dia cakap. Hahaha. Kak nira siap mintak list penuh result aku. Aku bagi jelah. Nanti dia akan syorkan aku nanti nak amik course ape. Pastu aku dengar. Masuk telinga kiri, telinga kanan kuar asap.

Lupa plak cite pasal kak lin kesayangan yang sudi bawa saya ke sekolah. THANK YOU VERY MUCH. Padahal dia sebenarnya busy gilak hari ini. Pas hantar aku pulang beliau siap-siap nak panjat bukit mertajam. Tak penat ke?? Takpe. Bliau iron lady. Awal bulan mei nanti beliau nak panjat gunung kinabalu. So, perlu persediaan mental dan fizikal. Stamina dan emosi kena jaga. Nanti penat meraung-raung mintak balek. Aku takde kt sana nak bantu. Muahahaha.

Kak syidah wish CONGRATS! Alah, tahniah je pun. Itu pun nak kecoh ke!! Laen la kalau bagi bmw ke, boipren hensem macham taylor lautner ke takpe gak.Ahh, suke hati aku r sundell. kau tak tahu bertapa nikmatnya ucapan tah-ni-ah tu. Sangat suke okayy.

Nak tahu, yang wish congrats kt aku hanya TIGA orang je. Sedikit bukan?? Sangat kasihan. Bagi aku ucapan TAHNIAH tu dah kira hadiah paling comey sekali. Itu kire orang yang cakap tu menghargai la usaha hang selama ini. Tapi ini bukan penghargaan yang bagi sijil siap ade cop pengemuda blablabla. Ucapan yang ikhlas sudah memadai. Aku taw la result aku tak sebaek orang laen. Tapi at least cakap r tahniahkan. Tapi siap ade yang kutuk. Yang ni memang aku tak tahan r. tapi maintain suda. Tak nak r kecoh-kecoh. Cukup la sampai di situ.

KEPADA YANG DAPAT BERDERET-DERET A, A YANG LURUS. YANG SENGET SIKIT KE YANG SENGET BANYAK MACHAM AKU KE TAK KESAH LA. AKU NAK WISH TAHNIAH KAT HAMPA WALAU HAMPA TAK TAW AKU UCAP KAT HAMPA INI. WAWAWAWA